Wednesday, February 6, 2008

TM AGROternak terokai bidang penternakan ikan keli omega3

TM AGROternak sedang dalam proses akhir untuk menerokai bidang penternakan ikan keli omega3 secara komersil. Menurut Pengurusnya, En. Rasyiman Ab Rahim, 30, TM AGROternak bakal melaksanakan projek penternakan ikan keli omega3 di atas tanah seluas 5 ekar yang menempatkan kira-kira 9 buah kolam tanah bersaiz 100' x 40' yang mampu menampung kira-kira 100 ribu ekor ikan. Selain daripada itu, TM AGROternak juga akan membangunkan tanah kolam-kolam terbabit sebagai pusat rekreasi yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti seperti memancing, kayak selain tempat kursus dan latihan yang dilengkapi dengan sebuah dewan, challet, restoran dan sebagainya.

0 comments: